Antara cinta & persahabatan
andaiku diberi pilihan untuk memilih di antara kedua-duanya
akan ku pilih kedua-duanya
kerana bagiku ia sama bererti dan bernilai dalam hidupku.
cinta...
Suatu ungkapan yang belum pastikan keindahannya
Kerana disebalik keindahan cinta itu tersirat seribu kepahitan
Pastinya akan merentap jiwa seorang pencinta yang setia
tatkala ikatan diundang kekecewaan
Namun.... ....
Ia tetap betah menjemput setiap jiwa yang punya hati & perasaan
hakikat yang tersimpan disebalik anugerah ini
Tak terungkai dengan bicara di bibir
Tak tergambar dengan lakonan
Begitu syahdunya kurniaan ILahi
Lahirnya dari hati seorang insan yang
berakal,beremosi,pen yayang dan berperasaan.
Persahabatan
Suatu ikatan yang lahir dari hati
Keinginan yang ikhlas
Bagi berkongsi tangis, tawa, kasih sayang serta keakraban
Sesungguhn ya sahabat adalah tempat berbicara setulusnya
Tentang impian dan pengertian hidup ini
Persahabatan yang murni dan suci
adalah sebuah perhubungan disulami dengan benang kejujuran
Diwarnai dengan benang keikhlasan
Dicurahi dengan kasihg sejati
Sekiranya ia menjadi gunting dalam lipatan
Robohlah tembok keluhuran sebuah persahabatan
copied from someone cz ak rse ayt die sgt brmkne...